just watch this great clip
Semua orang inginkan kebahagiaan dan kedamaian. Tambahan pula dalam era digital ini di mana kebanyakan manusia tenggelam dalam kesibukan diri sendiri. Amat sukar untuk mencari sahabat atau rakan tempat mencurah masalah. Akhirnya kebanyakan manusia mencari jalan sendiri untuk menyelesaikannya. Tak kurang juga yang mencari kaunselor berbayar untuk mengadu nasib.
Dalam masa yang sama ada di kalangan manusia yang amat dahagakan kedamaian jiwa lantaran keadaan kehidupan di luar yang kelihatannya amat berkecamuk. Apa yang malang, ramai di kalangan mereka ini yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh. Sungguh kasihan, mereka yang mempunyai niat yang baik untuk menyucikan jiwa demi mencari kebahagiaan ada kalanya tersalah memilih haluan kerana mengikut ajaran songsang daripada kumpulan kumpulan yang pada zahirnya kelihatan begitu hebat dalam beragama dengan mengamalkan zikir zikir tertentu.
Pada mereka itulah satu satunya jalan yang lurus.
Kita berasa amat sedih bila melihat golongan yang cetek pengetahuan agama ini begitu taat setia menurut apa jua perintah daripada ketua demi mencari keredhaan Ilahi. Mereka seolah olah tidak mempunyai kewarasan diri lagi. Ruang pemikiran mereka seolah olah telah terkunci dengan satu belenggu yang amat sukar untuk dirungkai.
Pesan Rasulullah (SAW) : Kamu semua tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada dua perkara : Al Quran dan Sunnahku.
Renungkanlah sahabatku...
Monday, February 18, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)

